Wednesday, May 18, 2011

bOring ehh!!!

udah hampir sebulan cuti, dah naik bosan aku dok kat rumah ni.huhu
bukan bosan dgn family, tapi bosan dgn diri aku sendiri.adoi, apa lah nak jadi dgn aku ni.
dah le cuti panjang lagi. Rutin harian aku bangun tidur time matahari terpacak atas kepala, lepas bangun mandi dan makan. Lepas tu tgk tV ( berita or rancangan hiburan) jap, tgh hari ambil adik kat sekolah dan blk tu layan tV blk sampai lah ke ptg (solat tetap solat ye!) . Kdg2 sambil tgk tV pun blh terlelap, adoi!!! rosak2. Takde aktiviti yg menyihatkan langsung. Makan Tido Makan Tido! itu le rutin aku yg utama setiap hari. Kdg2 petang lepak dgn kwn2, pusing2 kampung usha "panorama semulajadi". he he. Tapi semua tu masih lagi boring bg aku.
roomates forever

Ai, rindulah plk dgn kehidupan kampus di dungun. Rindu betul dgn kwn2 seperjuangan time diploma dulu. Kepada rakan2 baik aku merangkap classmate dan setengahnya roomate Halim, Apisz, Nasz, Mizie, Raf. "I love u all lah" dan kangen banget. Bila lah lagi kita dapat jumpa kan? Macam2 ragam, Macam2 hal kita buat sepanjang 3 thn diploma. Aku betul2 rindukan moments tu, bagi aku itulah kenangan terindah dalam hidup aku. Aku percaya walaupun Degree nanti kita mungkin tak lagi dlm kos dan kampus yg sama, dgn suasana dan rakan yg baru. Tapi moments dgn korang lah yg paling TERBAIK WOk!!! memang tak boleh disangkal lagi.
arabic nitez

Kalau nak diceritakan tentang kenangan dgn korang satu hari pun tak habis. Ye kan? ha ha...
Tapi apakan daya Diploma pun dah habis, jahat2, gurau2, sindir2, ketawa2, makan2, dan kdg2 gaduh "manja"  semuanya dah menjadi kenangan terindah. Kalau lah masa blh berundur kan bagus.ha ha
Inilah serba sedikit gambar kenangan yg aku ambil daripada beratus gambar dlm album of us. Tak larat nak upload banyak2, letih menunggu. he he.. wAiting for the next part..

di genting highlands

di masjid kristal

0 comments:

Post a Comment