Saturday, May 21, 2011

Maharaja lawak semakin hOt

0 comments
all in one

Hahahahahahahaha!!! itu lah respon bila melayan rancangan maharaja lawak. Memang bez lah rancangan ni yg ditayangkan live setiap hari jumaat jam 10 malam di channel astro warna. Yang terbarunya adalah di minggu ke-8 yg menyaksikan persembahan semula satu kumpulan yg telah tersingkir di minggu sebelumnya dan di bawa msk semula di minggu ke-8 utk kembali memberi saingan kpd pasukan yg masih lg bertanding. tahniah kpd pasukan R2 kerana anda telah di undi msk oleh peminat2 yg masih lg ketagihkan lawak korang . ha ha...
R2

slm takziah pula kpd amir yg telah tersingkir di minggu ke-7. Agak mengecewakan kerana penyingkiran amir dibuat secara undian oleh peserta maharaja lawak itu sendiri. Mungkin lawak atau komedi yg dibawa oleh amir tidak cukup utk menjadikannya sbg maharaja lawak. tapi bg diri aku sendiri sepatutnya amir disingkirkan dari minggu awal lg.he he sebabnya lawak yg dibawanya terlalu kebudak2kan dan seperti syok sendiri. audienz ketawa pun mcm terpaksa je kan. ha ha takziah juga kpd man kerana disingkirkan di minggu ke-8. aku tgk lawak yg di bawa oleh man banyak meniru lawak yg telah dibuat oleh johan dlm drama "chapalrela". ye kan? contohnya karakter dato' fadzilah kamsah, eric yong dan chef wan. semua karater tu ada dlm drama "chapalrela" dan sepertinya man mengopy n paste aje.ha ha...
amir tersingkir


man tersingkir di minggu ke-8

uTk minggu ke-9 nnt diharapkan lawak baru akan dpt dilihat drpd semua peserta kerana peserta yg tinggal blh dikatakan seperti underdog. Ada dua kumpulan yg aku paling minat dlm Maharaja lawak ni iaitu "jambu" dan "jozan". Blh g final lah diorang.ha ha. lawak yg dibawa pn berkualiti dan sesuai ditonton oleh semua lapisan umur.
johan n zizan




jambu
google everything bye2

Futsalll!!

0 comments

Wow, hampir sebulan bercuti udah terasa rindu di hati utk bermain fulsal. Terasa mcm lama tak bermain, rindu rasanya nak bermain dgn team "kuca-lana fc". Team originally from banking students.ha ha bersama ahli pasukan seramai 6 orang iaitu aku,nasz,mizie,halim,madey dan apisz. Team kitorang ni takde lah power sgt kan hanya setakat melengkapi team dlm any tournament dan try bg saingan yg mantap kpd team lain. Menang tak pernah pun.ha ha lgpn kitorng main saja suka2 utk sihatkan bdn. Drpd terperuk mcm beruk kat bilik baiklah kita bersukan. kan?

Aku terdedah dgn dunia sukan futsal ni dah lama,sejak zaman bdk2 lg. Tapi setakat tau jela time tu kan, adalah main kdg2 bila dpt free. almaklumlah time bdk2 dulu bknnya dpt pegang fulus yg bnyk, klu nak main kena byr. so, manalah mampu.ha ha Tp bila aku di uitm, aku mmg amat terdedah dgn sukan futsal ni dgn kwn2 yg blh dikatakan semuanya hantu futsal. Jd minat aku dlm sukan ni semakin mendalam. Kalau kt kolej dulu seminggu tak main futsal mmg tak sah. Kalau nak main hari2 mmg xblh lah sbb court kan kena booking, so klu takde luck disebabkan kitorng ni lambat bangun tidor. melepaslah!! tapi akhir2 sem ni kitorang bnyk bermain di court luar yg berbayar yg fasiliti nya lebih lengkap dan lebih berkualiti.he he...
uitm di hatiku..ha ha
Tapi sekarang semuanya dah berubah, pengajian pun dah habis! skrg bnyk menghabiskan masa di rumah dan nampaknya seperti aku terpaksa melupakan ketagihanku dlm berfutsal. hanya masa menentukan segalanya.
ha ha...
sedih rasanya!!! oH futsaLLL...
oH "kuca-lana fc"...
oH byE2...

Thursday, May 19, 2011

Interview! 1st time woo...

0 comments
ha ha ni kisah smlm, kisah aku dgn kwn aku saja2 pergi ke resort2 dan hotel2 utk aply kerja.
Standard lah kena isi borang permohonan dulu dan kemudian baru lah di panggil interview. Jadi, kami berdua pergi lah ke sebuah resort di daerah besut ni,time tu tgh hari. Staff di bhgn reception tu bagi kami borang dan suruh kami isi on time. Kami pun isi je le semua maklumat yg di perlukan, lps selesai isi kami blk le ke rumah. he he..
resort!!!
 Nak dijadikan cerita ptg tu kwn aku ni col bagi tau yg kitorang di panggil interview kat resort td pada pukul 5ptg. Jadi kitorang pergi je la dgn berpakaian ala2 kampung dan berselipar jepun. Almaklumlah 1st time inteview, mana la tau apa2 kan (padahal time diploma dulu dah bljr cara2 interview). Lagipun jawatan yg kitorang mohon tu bkn le 'gempak' ala2 officer kan. Just bawahan dan utk sementara shj, so tak perlu le nak formal sgt attire kita tu kan. he he..
Time di interview tu, masa tu ada 2 orang interviewer, aku pun tak tau apa position diorang. Tapi diorang punya attire like officer la kan. ha ha. Jd slh sorang staff panggil aku ke bilik interviewer, aku buat muka selamba jela msk dgn berselipar jepun, berseluar jin dan berbaju T bagi salam sbb melayu keduanya,bersalaman dan duduk.
interview session!!!

1stly interviewer tu suruh aku introduce diri, aku introduce jela kan. Bg tau nama, asal, umur dan status.he he
tu je yg aku tw. Lps tu bermula lah soalan demi soalan yg di tanya kt aku. Apalagi jawapannya main bedal je lah.ha ha. Slh satu soalan yg buat aku agak shock sikit adlh "awak pandai potong sayur" ha ha. Terkedu kejap aku nak menjawab. Almaklumlah terkejut, dlm hati aku "apa plk soalan bro ni" " dia nak suruh aku jd chef ke pe" Tp dgn muka selamba je aku jwb "pandai kot" ha ha..
chef tuu kang masak!!!haha

ha ha. kadang2 seronok jgk di interview ni kan. Perasaan nak di interview tu yg bez, bercampur2 dgn gementar, gugup, risau dan paling bez lucu. ha ha.. Aku rasa kerajaan patut wujudkan "hari interview" lah.
Bye2..

Thanx to google for the pics.he he

Wednesday, May 18, 2011

bOring ehh!!!

0 comments
udah hampir sebulan cuti, dah naik bosan aku dok kat rumah ni.huhu
bukan bosan dgn family, tapi bosan dgn diri aku sendiri.adoi, apa lah nak jadi dgn aku ni.
dah le cuti panjang lagi. Rutin harian aku bangun tidur time matahari terpacak atas kepala, lepas bangun mandi dan makan. Lepas tu tgk tV ( berita or rancangan hiburan) jap, tgh hari ambil adik kat sekolah dan blk tu layan tV blk sampai lah ke ptg (solat tetap solat ye!) . Kdg2 sambil tgk tV pun blh terlelap, adoi!!! rosak2. Takde aktiviti yg menyihatkan langsung. Makan Tido Makan Tido! itu le rutin aku yg utama setiap hari. Kdg2 petang lepak dgn kwn2, pusing2 kampung usha "panorama semulajadi". he he. Tapi semua tu masih lagi boring bg aku.
roomates forever

Ai, rindulah plk dgn kehidupan kampus di dungun. Rindu betul dgn kwn2 seperjuangan time diploma dulu. Kepada rakan2 baik aku merangkap classmate dan setengahnya roomate Halim, Apisz, Nasz, Mizie, Raf. "I love u all lah" dan kangen banget. Bila lah lagi kita dapat jumpa kan? Macam2 ragam, Macam2 hal kita buat sepanjang 3 thn diploma. Aku betul2 rindukan moments tu, bagi aku itulah kenangan terindah dalam hidup aku. Aku percaya walaupun Degree nanti kita mungkin tak lagi dlm kos dan kampus yg sama, dgn suasana dan rakan yg baru. Tapi moments dgn korang lah yg paling TERBAIK WOk!!! memang tak boleh disangkal lagi.
arabic nitez

Kalau nak diceritakan tentang kenangan dgn korang satu hari pun tak habis. Ye kan? ha ha...
Tapi apakan daya Diploma pun dah habis, jahat2, gurau2, sindir2, ketawa2, makan2, dan kdg2 gaduh "manja"  semuanya dah menjadi kenangan terindah. Kalau lah masa blh berundur kan bagus.ha ha
Inilah serba sedikit gambar kenangan yg aku ambil daripada beratus gambar dlm album of us. Tak larat nak upload banyak2, letih menunggu. he he.. wAiting for the next part..

di genting highlands

di masjid kristal

Friday, May 6, 2011

mukaddimah

0 comments
assalamualaikum...

Ha ha, dah lama aku x berblogging dlm blog aku yg xseberapa nk lawa ni. Almaklumlah baru2 ni kan musim "final exam". Jd terpaksalah mengkonsentradekan diri utk study. Lagipun ni semester akhir aku dlm diploma, jd mmg sgt terasa suasana "final" tu dlm diri aku ngn kwn2.

UiTM Dungun di Hatiku
                                   

So, sekarang "final exam" pun dah hbs, aku pun dah stat cuti 4 bln ( while continued study in degree level). YaH0ooo!!! mcm xpercaya je dah hbs diploma selepas 3 thn "struggle" ha ha. Blh lah aku bg sedikit masa utk berblog plk kan. (apa aku nak cerita?). Lagipun saya ni blogger baru bljr, hope yg senior blh tunjuk2kan.

esok final!


Aku letak title "mukaddimah" kat atas tu sbb ni adlh postage yg pertama aku dlm dunia blog. Aku pun x taw sama ada blog ni akan jadi lebih menarik atau tidak lps ni, tp yg penting aku nak enjoy berblog dan bebas bercerita tentang apa pn di sini. Bkn TENTANG-TENTANG ek. ha ha.

Tentang-Tentang


Akhir sekali terima kasih kpd empunye blog TENTANG-TENTANG merangkap sahabat dan sifu aku dlm world blog ni. Ha ha, yg byk menyokong dan membantu aku dalam berkarya dan menghasilkan blog yg TERBAiK (utk tempoh akan datang) insyallah. bye-bye (^_^)